Pages

Tuesday, November 15, 2011

Cara membersihkan rekorder.

Adalah sangat penting bagi kamu yang pertama kali membersihkan rekorder, bagi membuka kesemua bahagian-bahagian rekorder mintalah bantuan kepada mereka yang pernah membuka rekorder.

Rekorder selalunya disiapkan bersama pembersihnya iaitu sebatang kayu plastik atau lidi yang mempunyai lubang seperti jarum.Anda boleh membersihkan rekorder anda menggunakan batang kayu itu.Ambil kain atau tisu tetapi dinasihatkan anda menggunakan kain kerana tisu mudah tersekat di dalam rekorder.Basahkan kain tersebut dengan sedikit air dan masukkan ke dalam badan rekoder.Gunakan batang kayu plastik tersebut untuk menolak dan menarik kain tersebut.

Ingat!Jangan rendam rekorder anda dalam besen air.Ini boleh merosakkan rekorder anda.Hanya gunakan kain basah sahaja.

Bagi rekorder kayu, gunakan cuka menggantikan air.Cuka dapat menghilangkan lumut-lumut serta bau yang tidak diingini pada rekorder kayu.

1 kritikan membina:

Anonymous said...

i love your blog..
i am studying in music n i got lots of knowledge from these..
i will follow yours :)
thankss a lot

Post a Comment