Pages

Monday, October 31, 2011

Asas.

Setelah pengenalan mengenai rekorder, marilah kita memulakan pembelajaran yang pertama!Mengapa kita perlu mengenali rekorder terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran?Ini adalah kerana mengikut pepatah "tidak kenal maka tidak cinta".Sebelum kita mencintai permainan rekorder,kita haruslah kenal dan tahu mengenai rekorder.

 
Tidak kenal maka tidak cinta?

Untuk memulakan pelajaran,kita mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek tersebut.Jangan pula seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga.Kedua-dua peribahasa tersebut bermaksud melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas atau terhenti separuh jalan sahaja.Jadi ikhlaskanlah hati dan tanamkan minat yang mendalam terhadap permainan rekorder ini:)

Pemasangan rekorder.

Bagaimana mahu memasang rekorder?Pada zaman sekarang, tidak perlu bagi kita untuk memasang sendiri rekorder itu kerana kilang telah menghasilkan rekorder pasang-siap.Namun,pemasangan rekorder adalah perkara yang paling asas untuk anda sebelum memulakan pembelajaran.Biasanya, kita tahu rekorder hanya mempunyai satu bahagian tetapi sebenarnya rekorder mempunyai tiga bahagian.Bahagian itu adalah kepala rekorder,badan rekorder dan seterusnya kaki rekorder.Kita hanya perlu menyambungkan badan ke kepala dan kemudian kaki.Lubang yang terakhir mestilah senget ke kanan sedikit.Lihat Rajah 3.

Rajah 3

Rajah 4 pula rekorder yang telah siap dipasang.

Rajah 4

Menarik bukan?Sekarang terdapat rekorder dalam pelbagai warna yang boleh menarik minat anak-anak anda untuk belajar bermain rekorder.Cubalah sekarang!Pasti anda tidak akan menyesal.Bukan sahaja dapat menimba ilmu baru malahan boleh dijadikan hobi yang bermanfaat.


Pengenalan kepada rekorder.

Apakah itu rekorder?Rekorder adalah sejenis alat muzik yang ditiup menggunakan mulut dan mempunyai tujuh lubang yang ditutup dengan jari.Rekorder terletak dalam keluarga yang sama dengan seruling.Rekorder sangat terkenal semasa abad ke-18 atau dikenali sebagai era Baroque.Rekorder selalu dimainkan dalam acara seperti keramaian,kematian dan perkahwinan.Sekarang, di Malaysia muzik mula diterapkan dalam pembelajaran sekolah rendah dan di sekolah menengah disediakan kelas khas untuk kelas pelajar muzik.Murid sekolah rendah juga mula diajar bermain rekorder semasa mereka berada di tahap 4.Bagaimanakah rupa rekorder?Lihat Rajah 1.

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan rekorder pelbagai saiz.Namun di zaman moden ini,rekorder mula dihasilkan menggunakan  plastik agar lebih tahan lama dan senang untuk dibersihkan.Namun,kualitinya tidak sama seperti rekorder kayu.Rekorder kayu lebih merdu bunyinya tetapi rekorder plastik jenama Aulos dan Yamaha menghasilkan bunyi yang hampir sama kualitinya dengan rekorder kayu.Lihat Rajah 2.

Rajah 2

Rajah 2 adalah rekorder yang menggunakan penjarian German iaitu saiz lubang yang kelima daripada atas lebih kecil berbanding penjarian Inggeris atau Baroque.Rekorder sering dianggap alat muzik untuk kanak-kanak.Walhal, terdapat pemain professional bermain rekorder dalam konsert-konsert besar.