Pages

Thursday, November 17, 2011

Lagu yang menarik.

Terdapat beberapa buah lagu baru telah saya temui.Selepas ini,saya juga mahu berlatih bersungguh-sungguh.Anda bagaimana pula?

Tajuk lagu : Marionette

Not muzik : D' D' B - | D' D' B - | C' - D' C' | B B B - |
                   D' D' B - | D' D' B - | C' - D' C' | B B B - |
                   A. B C' D' | A - - - | B. C' D' C' | B - A -|
                   D' D' B - | D' D' B - | C' - D' C' | B B B -||

Tajuk lagu : Bee Bee Bee

Not muzik :  D'   C'   |   B       - |
                   AB C'A |   G       - |
                   BC' D'B | AB C'A |
                   BC' D'B | AB C'A |
                   D'   C'    |   B      - |
                   AB C'A  |  G      - ||

Tajuk lagu : Merry Christmas

Not muzik : BB   B  BB B | BD' GA  B - |
                  C'C' C' BB B | BA  AB  AD' |
                  BB   B  BB B | BD' GA B - |
                  C'C' C' BB B | D'C' BA G -||

Tajuk lagu : Cahaya Tanglung

Not muzik :    F    FG  A    C' |  D'    A   C' - |
                     G    GA  G    F |   F     G    A - |
                    D'C' D'C'  A      | C'A C'A  G    |
                      F    GA  C'  C' |  A     G    F -  |
                    D'       -    C'    - | AC' AC' D'    |
                    G.      A    G.  A |  G     D    F - |
                   D'C'  D'C'  A    - | C'A C'A  G - |
                     F     GA    C' C' |  A     G    F - ||

Tajuk lagu : Edel Weiss

Not muzik : E - G | D' - - |
                   C' - G | F - - |
                   E - E | E F G |
                   A - - | G - - |
                   E - G | D' - - |
                   C' - G | F - - |
                   E - G | G  A B |
                   C' - G | C' - - ||

Tajuk lagu : Farewell

Not muzik : B  B  A | G    -    -  | B  B A  | G   -    -|
                   B C' D' | D' C'B C' | A B C' | C' BA B |
                   B B  C' | D'   -    -  | B  B A  | G   -  -  ||

Tuesday, November 15, 2011

Penjarian menggunakan nombor.

Bermain rekorder juga mempunyai pengajaran yang menggunakan nombor.Kebiasaannya penjarian German menggunakan penomboran.Cuba lihat dan fahami rajah di bawah.



Penomboran tangan kiri
Penomboran tangan kanan
Penomboran pada rekorder

Cara membersihkan rekorder.

Adalah sangat penting bagi kamu yang pertama kali membersihkan rekorder, bagi membuka kesemua bahagian-bahagian rekorder mintalah bantuan kepada mereka yang pernah membuka rekorder.

Rekorder selalunya disiapkan bersama pembersihnya iaitu sebatang kayu plastik atau lidi yang mempunyai lubang seperti jarum.Anda boleh membersihkan rekorder anda menggunakan batang kayu itu.Ambil kain atau tisu tetapi dinasihatkan anda menggunakan kain kerana tisu mudah tersekat di dalam rekorder.Basahkan kain tersebut dengan sedikit air dan masukkan ke dalam badan rekoder.Gunakan batang kayu plastik tersebut untuk menolak dan menarik kain tersebut.

Ingat!Jangan rendam rekorder anda dalam besen air.Ini boleh merosakkan rekorder anda.Hanya gunakan kain basah sahaja.

Bagi rekorder kayu, gunakan cuka menggantikan air.Cuka dapat menghilangkan lumut-lumut serta bau yang tidak diingini pada rekorder kayu.

Monday, November 14, 2011

Lagu lagi:)

Ini adalah senarai lagu yang agak panjang dan rajin-rajinlah berlatih lagu-lagu ini.Banyakkan berlatih akan menjadikan diri anda mahir.

Tajuk lagu : Telefon

Not muzik : B B D' - | G B D' - |
                    C' - B -  | A -  -  -    |
                    A A C' - | A A C' - |
                    B - C' -   | D' - - -    |
                    B B D' - | G B D' - |
                    C' - B -   | A - - -     |
                    A A C' - | A A C' - |
                    B - A -    | G - - -    ||

Tajuk lagu : Lightly Row

Not muzik : D' B B -   | C' A A -   |
                    G A B C' | D' D' D' - |
                    D' B B -   | C' A A -   |
                    G B D' D' | B - - -      |
                    A A A A  | A B C' -  |
                    B B B B   | B C' D' - |
                    D' B B -    | C' A A - |
                    G B D' D' | G - - -     ||


Tajuk lagu : Up and Down

Not muzik : G A B C'  | D' - D' - |
                    D' C' B A | G - G  - ||


Tajuk lagu : Jala-jala Ikan

Not muzik : G - A   | G - A | B - - | B - - |
                    D' - D' | D' - B | A - - | A - - |
                    A - B   | A - B | C' - - | C' - - |
                    D' - C' | B - A | G - - | G - - ||

Sunday, November 13, 2011

Mari bermain.

Di sini saya akan lampirkan not-not muzik lagu-lagu yang mudah.Bagaimana mahu membaca not?Saya akan mengajar perkara yang mudah kepada anda.

Tajuk lagu : Mary Had A Little Lamb

Not muzik : B A G A | B B B -|
                     A A A -  | B B B -|
                    B A G A | B B B -|
                    A A B A | G - - - ||

Tanda || bermaksud tamat.Tanda - bermaksud panjangkan selama dua saat.

Tajuk lagu : Bun

Not muzik :  B A G  - | B A G - |
                     G G A A | B A G - |
                      B A G  - | B A G - |
                      G G A A | B A G - ||

Tajuk lagu : Hello My Kids

Not muzik : B - G | B - G | A G A | B - G |
                   B - G | B - G | A B A | G - - ||

Tajuk lagu : Snow

Not muzik : B. A G | B. A G | A. B C' | B - - |
                     B. A G | B. A G | A. B A | G - - |
                     A. B C'| B. A G | A. B C' | B - - |
                     B. A G | B. A G | A. B A | G - - ||

Tanda . dan _ bermaksud kita bermain atau meniup not lebih laju di situ.Kebiasaannya kita akan mengambil masa dalam dua saat untuk meniup satu not dan untuk not ini kita meniup dalam satu saat sahaja.

Tajuk lagu : In A Circle

Not muzik : B B B AB | C' B A -|
                    A A A BA | G B B  -|
                    B B B AB | C' B A  -|
                    A A A BA | G G G -||

Seperti not di atas kita akan bermain dengan laju juga.

Lebih banyak not.

Mempelajari rekorder adalah mudah dan seronok jika anda mempunyai minat yang mendalam terhadapnya.Jika mahu permainan anda lebih sempurna, banyakkan latihan :)

Beberapa not telah kita pelajari namun masih banyak lagi yang perlu dipelajari.Jangan risau,mudah sahaja.Seterusnya, kita akan mengenali not F, E , D dan C (semuanya adalah not major).Not F merangkumi jari di tangan kanan juga.Kita akan menutup empat lubang menggunakan tangan kiri dan satu lubang menggunakan tangan kanan.Lihat rajah di bawah.

F major

Mari kita lihat not seterusnya.

E major

Kemudian,ini adalah not D.

D major

Untuk not C,ketujuh-tujuh lubang hendaklah ditutup.Lihat,mudah bukan?Sekarang kita telah belajar hampir semua not asa.Dengan ini,bolehlah anda bermula main lagu kegemaran anda bermula sekarang.


Not Minor.

Not minor yang akan dipelajari oleh anda adalah not yang mudah.Not ini biasa digunakan dalam lagu kanak-kanak.Kebiasaan not minor akan ditulis bersama simbol # atau simbol '.Sebagai contoh, C# atau C'.Not ini dibaca sebagai C minor.Cara meniup C' adalah seperti rajah di bawah.

C minor

Cara meniup C' adalah dengan menutup lubang yang di bawah dengan lubang yang kedua.Tidak perlu untuk menutup lubang yang pertama bagi not C'.Berlainan pula dengan not D minor.D' ditiup seperti dalam rajah berikutnya.

D minor

D' minor ditiup dengan hanya menutup lubang yang kedua.Tidak perlu untuk menutup lubang yang berada di belakang rekorder.Mudah bukan?Marilah kita mencuba lagu yang mempunyai not baru ini!




Friday, November 11, 2011

Mengenali not.

Terdapat not minor dan not major.Pertama kali, semua not yang kita belajar adalah not major dan kita akan mengenali not B.Mula-mula,letakkan jari telunjuk dan ibu jari anda di lubang yang pertama.Tiup dengan menyebut "too".Kemudian,tutup dua lubang dan akan menjadi not A.Tutup tiga lubang dan akan menjadi not G.Mudah bukan?Sekarang cuba kita pelajari sebuah lagu menggunakan not-not asas yang baru kita pelajari.

Not B
Not A




 Ini video lagu asas mempelajari rekorder.



Bagaimana?Sudahkah anda mencubanya?Mudah dan seronok bukan?Cuba kita belajar sebuah lagu baru lagi iaitu Mary Had A Little Lamb.Lagu ini adalah lagu asas kepada pembelajaran rekorder.



Menarik bukan? Marilah cuba sekarang!



Thursday, November 3, 2011

Pembelajaran pertama.

Pembelajaran pertama adalah bagaimana mahu bermain rekorder?




  1. Letakkan tiga jari tangan kiri di tiga lubang yang teratas dan empat jari tangan kiri di bahagian bawah.Lihat rajah di atas.
  2. Letakkan muncung rekorder di bibir anda.Jangan menggigit muncung rekorder dan jangan sampai terkena gigi anda. 
  3. Cuba tiup rekorder anda.Cuba meniup dengan cara menyebut "too".Pastikan anda meniup daripada paru-paru supaya tiupan anda stabil.Jangan tiup dengan terlalu kuat jika tidak,bunyi sumbang akan terhasil.
  4. Tutup setiap lubang dengan rapat jika tidak bunyi tiupan anda akan menjadi sumbang.





Monday, October 31, 2011

Asas.

Setelah pengenalan mengenai rekorder, marilah kita memulakan pembelajaran yang pertama!Mengapa kita perlu mengenali rekorder terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran?Ini adalah kerana mengikut pepatah "tidak kenal maka tidak cinta".Sebelum kita mencintai permainan rekorder,kita haruslah kenal dan tahu mengenai rekorder.

 
Tidak kenal maka tidak cinta?

Untuk memulakan pelajaran,kita mestilah mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek tersebut.Jangan pula seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga.Kedua-dua peribahasa tersebut bermaksud melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas atau terhenti separuh jalan sahaja.Jadi ikhlaskanlah hati dan tanamkan minat yang mendalam terhadap permainan rekorder ini:)

Pemasangan rekorder.

Bagaimana mahu memasang rekorder?Pada zaman sekarang, tidak perlu bagi kita untuk memasang sendiri rekorder itu kerana kilang telah menghasilkan rekorder pasang-siap.Namun,pemasangan rekorder adalah perkara yang paling asas untuk anda sebelum memulakan pembelajaran.Biasanya, kita tahu rekorder hanya mempunyai satu bahagian tetapi sebenarnya rekorder mempunyai tiga bahagian.Bahagian itu adalah kepala rekorder,badan rekorder dan seterusnya kaki rekorder.Kita hanya perlu menyambungkan badan ke kepala dan kemudian kaki.Lubang yang terakhir mestilah senget ke kanan sedikit.Lihat Rajah 3.

Rajah 3

Rajah 4 pula rekorder yang telah siap dipasang.

Rajah 4

Menarik bukan?Sekarang terdapat rekorder dalam pelbagai warna yang boleh menarik minat anak-anak anda untuk belajar bermain rekorder.Cubalah sekarang!Pasti anda tidak akan menyesal.Bukan sahaja dapat menimba ilmu baru malahan boleh dijadikan hobi yang bermanfaat.


Pengenalan kepada rekorder.

Apakah itu rekorder?Rekorder adalah sejenis alat muzik yang ditiup menggunakan mulut dan mempunyai tujuh lubang yang ditutup dengan jari.Rekorder terletak dalam keluarga yang sama dengan seruling.Rekorder sangat terkenal semasa abad ke-18 atau dikenali sebagai era Baroque.Rekorder selalu dimainkan dalam acara seperti keramaian,kematian dan perkahwinan.Sekarang, di Malaysia muzik mula diterapkan dalam pembelajaran sekolah rendah dan di sekolah menengah disediakan kelas khas untuk kelas pelajar muzik.Murid sekolah rendah juga mula diajar bermain rekorder semasa mereka berada di tahap 4.Bagaimanakah rupa rekorder?Lihat Rajah 1.

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan rekorder pelbagai saiz.Namun di zaman moden ini,rekorder mula dihasilkan menggunakan  plastik agar lebih tahan lama dan senang untuk dibersihkan.Namun,kualitinya tidak sama seperti rekorder kayu.Rekorder kayu lebih merdu bunyinya tetapi rekorder plastik jenama Aulos dan Yamaha menghasilkan bunyi yang hampir sama kualitinya dengan rekorder kayu.Lihat Rajah 2.

Rajah 2

Rajah 2 adalah rekorder yang menggunakan penjarian German iaitu saiz lubang yang kelima daripada atas lebih kecil berbanding penjarian Inggeris atau Baroque.Rekorder sering dianggap alat muzik untuk kanak-kanak.Walhal, terdapat pemain professional bermain rekorder dalam konsert-konsert besar.